Wednesday, 23 September 2015

Obses

Assalamualaikum

Obses? Yup bagi aku semua manusia ada ke-obses-an-nya yang tersendiri tak kira sama ada dia sedar ataupun tidak. Yeah dan aku jugak tidak terkecuali. Tapi apa benda yang aku obses? Ok aku sebenarnya obses dengan 2 benda iaitu:

Pertama.
Aku obses dengan warna pink dan kelabu sebenarnya tenene. Kebanyakkan semua barang aku warna pink dan baju aku warna kelabu, Kalau korang perasanlah aku pergi kelas selalunya pakai baju kelabu hahaha. Maybe orang akan cakap aku yang terlalu "perempuan" sangat tapi perwatakan aku serious tak "girlyy" sangat. Choi. Macam aku cakap, aku ini jenis orang yang biasa dan sederhana je huhu *tetiba*. Warna pink bagi aku lembut, tenang dan comel hahaha. Warna kelabu pulak warna yang selamat untuk semua jenis pakaian dan masuk dengan kulit aku. Yela kulit aku bukan cerah sangatt.

Kedua. 
Aku obses dengan seseorang. Aku setia sebenarnya. Kalau orang tu aku suka, memang aku tak pandang yang lain lah hahahahahahaha jap, masuk ke dengan tema obses ini? Tet! Tak valid! Okok so sebenarnya aku obses dengan warna pink dan kelabu sahaja. Sebab itu blog aku warna pink. Nampak? Aku suka je eh dengan warna pink tapi aku tak "girly girly" tau. 



Nampak buktinya? hihi
l i l y e l i s a 

Mereput

Assalamualaikum.


Dan hai. Esok merupakan hari raya haji dan kulihat semuanya beransur pulang. Tetapi aku masih duduk mereput di kolej sebab nak habiskan assignment makroekonomi yang tiada kesudahannya hukhuk sedih! 

Naik cuti nanti aku menjadi semakin sibuk dengan aktiviti kolej. Al-maklumlah kolej kediaman aku ialah Kolej Tun Hussein Onn dimana kolej ini merupakan antara kolej terkecil dan bilangan penghuninya yang sedikit. Disebabkan bilik yang disediakan tidak begitu banyak sebanyak kolej-kolej yang lain, maka mahasiswa-mahasiswa yang terpilih dan benar-benar aktif sahaja yang boleh tinggal di kolej ini. Makanya makanya makanya aku harus dong bergiat aktif di sini agar tidak ditendang keluar. Duduk luar lagi pishanggg haha pisang betul!

Cerita sedih lagi. Aku tak balik rumah minggu ini, aku balik kampung terus. Rumah dengan kampung lain. Rumah ada kucing kesayangan aku, Ash. Kampung tak ada. Nampak? Rumah ada dapur boleh dok pung pang pung pang masak apa benda pun kau nak. Kampung tak boleh nak pung pang sangat. Nampak? Rumah ada lampu tidur aku lip lap lip lap bercahaya di malam hari. Kampung gelap terus krik krik. Nampak? Beza kot huhu. 

Tapi dekat kampung ada nenek dengan atuk. Maka, aku tidak lagi mereput...

l i l y e l i s a