Wednesday, 23 September 2015

Mereput

Assalamualaikum.


Dan hai. Esok merupakan hari raya haji dan kulihat semuanya beransur pulang. Tetapi aku masih duduk mereput di kolej sebab nak habiskan assignment makroekonomi yang tiada kesudahannya hukhuk sedih! 

Naik cuti nanti aku menjadi semakin sibuk dengan aktiviti kolej. Al-maklumlah kolej kediaman aku ialah Kolej Tun Hussein Onn dimana kolej ini merupakan antara kolej terkecil dan bilangan penghuninya yang sedikit. Disebabkan bilik yang disediakan tidak begitu banyak sebanyak kolej-kolej yang lain, maka mahasiswa-mahasiswa yang terpilih dan benar-benar aktif sahaja yang boleh tinggal di kolej ini. Makanya makanya makanya aku harus dong bergiat aktif di sini agar tidak ditendang keluar. Duduk luar lagi pishanggg haha pisang betul!

Cerita sedih lagi. Aku tak balik rumah minggu ini, aku balik kampung terus. Rumah dengan kampung lain. Rumah ada kucing kesayangan aku, Ash. Kampung tak ada. Nampak? Rumah ada dapur boleh dok pung pang pung pang masak apa benda pun kau nak. Kampung tak boleh nak pung pang sangat. Nampak? Rumah ada lampu tidur aku lip lap lip lap bercahaya di malam hari. Kampung gelap terus krik krik. Nampak? Beza kot huhu. 

Tapi dekat kampung ada nenek dengan atuk. Maka, aku tidak lagi mereput...

l i l y e l i s a 

No comments:

Post a Comment