Friday, 30 October 2015

Makanan

Assalamualaikum


Aku ini jenis tak kuat makan sangat sebenarnya hee. Sebab tu badan aku kecik je. Hm tapi kalau dah tiba masa aku nak makan tuu, memang melantak habis la huhu. 

Makanan kegemaran aku ialah ikan keli *kampung duh kampung* hahaha. Serius, aku suka ikan keli. Dekat cafe ktho ni aku selalu makan ikan keli je. Tapi sebenarnya aku boleh je makan apa-apa. Aku tak letak apa-apa syarat pun. Kalau sedap, kena dengan tekak, aku okay je. Tapi aku cuma bukan jenis pemakan jela. 

Air pulak, aku suka air kosong je. Haaa air nie penting. Aku mesti kena minum air kosong 2L sehari. Sebab aku jenis cepat dehydrated. Maka, air kosong memang pentinglah dalam hidup aku. 

Disebabkan aku ni cepat mengantuk, mata tak tahan lama. Maka, aku mesti kena buat nescafe dulu sebelum nak study. Kalau tak serius, baru satu helai baca, dah kiok tumbang. Nescafe nie penting jugalah dalam hidup aku. 

Korang tengok tak the Return of Superman? Yang anak Ilkook tu? The triplet? Hm kalau korang tengok, bagus. Aku, sebelum nak makan. Aku suka tengok the triplet tu makan dulu. Nampak berselera betul. So, itu boleh nak up-kan rasa nak makan dalam diri aku. Ok itu je. Bye. 

Post aku ni bosan, maka jangan baca. Aku ini bosan, maka jangan kenal. Orang yang betul-betul boleh tahan dengan aku je, boleh faham. Kalau kau tak tahan, bagitau awal-awal. Tetiba*

l i l y e l i s a

Konvo

Assalamualaikum


Konvo. Siapa je taknak konvo ye dak? Aku pun tak terlepas daripada berangan-berangan untuk konvo tepat pada waktunya. Tapi tapi tapi, kalau orang tanya nak konvo tak sekarang?

Mestilah aku jawab TIDAK!

Aku tak puas lagi duduk dekat ukm ni. Banyak lagi benda yang aku belum aku cuba. So kalau aku konvo sekarang, memang aku akan rasa menyesal sepanjang hidup aku. Serious talk. 

Alhamdulilah aku slow slow dah dapat adapt dengan suasana di sini. Aku dah mula rasa suka. Aku dah mula rasa ringan. Aku dah mula rasa sayang nak tinggalkan ukm ni *senyum*

Aku target aku nak grad dalam masa 3 atau 4 tahun dari sekarang. Aku sebenarnya taknak ambil akaun (4 tahun) sebab aku tak minat. Maka, mungkin aku akan ambil kos bisness je (3 tahun) tapi aku tak tahu nak major apa. 

Aku ada impian yang tinggi sebenarnya. Sebelum aku grad, aku nak naib canselor kenal aku. Kenal nama aku lily elisa. Wah, bimbo giler ha ha ha. Aku juga nak dikenali sebagai seorang yang serba boleh dan orang yang sentiasa buat yang terbaik dalam semua perkara. Ok ini boleh diterima, tak bimbo ha ha ha. Aku juga nak dikenali sebagai seorang yang bercita-cita tinggi. Moto hidup aku,

"You say I dream too big, I say you think too small"

So konklusinya aku nak enjoy life aku dekat ukm ni. Tapi sekarang aku nak fokus pada study aku. Alhamdulilah kuiz 2 hari tu, aku makin meningkat. Syukur. Aku nak selalu datang kelas. Itu azam aku. Aku nak buat yang terbaik buat sem 1 tahun 1 ni. Dan aku ada target, pointer aku sem 1 ni ialah 3.5. Doakan aku semua. 

Chaiyok lily chaiyok. 

l i l y e l i s a 

Tuesday, 20 October 2015

Komitmen

Assalamualaikum

Hari ini aku nak bual sikit pasal komitmen. Serious talk laa kalau kau nak survive kat alam u nie dengan jayanya, kau mesti kena ada komitmen yang tinggi. Komitmen tu penting gila bhai. Bukan sahaja melibatkan kau sorang tapi melibatkan orang lain juga. 

Aku duduk sini baru rasa pentingnya menjadi seorang yang bertanggungjawab. Kau tak boleh buat keputusan ikut suka kau je. Kau kena tahu atau kisah juga orang lain. Masa orang lain, kerja orang lain, urusan orang lain. 

Kau tak boleh suka-suka hati tak nak datang discussion. Kau tak boleh suka-suka hati tak nak buat esaimen lagi-lagi dengan group, kau tak boleh suka-suka hati minta maaf bila buat silap pastu kau buat silap yang sama lagi berulang-ulangkali. Lemak tongkek. 

Maka, kau pandai-pandailah hidup. Urusan dengan aku senang je. Kau mudahkan kerja aku, aku mudahkan kerja kau. Masing-masing pun busy boleh tahan bhaii. At least kau bagi komitmen. Dan buat yang terbaik. Bukan asal boleh je. Buat yang terhabis baik punya. Tunjuk yang kau betul-betul boleh buat kerja. That's it!

l i l y e l i s a 

Sesal

Assalamualaikum


Sesal. Sesal gak ah lab test tadi. Teruk kot aku jawab. Aku pun tak confident dengan jawapan aku. Pfft pfft. Tapi apa pun kita kena relax sudah. Buat yang terbaik but lab test akan datang. Cliche sangat. Aku tak suka benda benda cliche haha. Move on!

Sesal. Sesal lagi sesal bila aku tak datang kelas akaun haritu. Rasa macam ketinggalan jauh gila kot. Padahal tak datang satu kelas jea kot. Nampak? Nampak? Aku duck duck baik. Aku mana reti buat buat jahat ini huhu. Move on!

Sesal. Sesal gila gila kot tak datang kelas makro haritu. Pergh berapa banyak kelas kau ponteng ni lily? Bukan bukan. Jangan judge aku cepat sangat. Aku mc haritu. Demam. Dapat plak bab haritu susah gila. Pergh macam mana aku nak cover ni? Move on!

Hmm keep moving forward lily. Kipidap. erkk hahaha. Maaf laa entry aku takde yang positifnya. Semua negatif. Muahahaha kbye,

l i l y e l i s a

Saturday, 17 October 2015

Family

Assalamulaikum


Family ini penting tau. Semakin kau dewasa semakin kau akan tahu bertapa penting dan precious-nya family ini. Aku duduk dekat sini walaupun jarang balik tapi aku contact gak dengan mereka di rumah (semua pun buat kot) huhu

Adik-beradik aku ada 5 orang kesemuanya. Aku anak kedua, aku ada seorang kakak, tak ada abang kandung mahupun abang angkat, yang ketiga dan keempat ialah adik perempuan dan yang paling bongsu ialah adik lelaki aku. 4 orang adik-beradik aku semua nama awalnya lily.

Lily Elina
Lily Elisa
Lily Shafinas
Lily Humairah
Akmal Haikal

Adik-beradik aku semuanya aku anggap macam sahabat aku sendiri. Merekalah tempat aku meluahkan kasih sayang, clingy, bermanja, bergaduh dan sebagainya. Gaduh mulut jap, pastu masuk bilik sembang pum pang pum pang macam tak takde apa yang berlaku. Apadehal? haha

Apabila dah masing-masing berjauhan, kami selalu gak contact each other. Kalau tak melalui group wassap sekalipun, call direct. Konsep call kami senang je, siapa yang call, dia dapat cerita lebih dengan alasan "Kredit siapa? Kredit aku kan? So kena discuss pasal cerita aku je" hahaha 

Ok itu je. Simple. Hargailah family kau selagi mereka ada. Mereka inilah orang yang terima baik buruk kau. Mereka lah! Kawan boleh silih berganti. Family takde bhai.

l i l y e l i s a

Beban

Assalamualaikum


Beban ini maksudnya kau kena buat benda yang tak suka nak buat tapi terpaksa kau buat juga dan akhirnya kau buat dalam keadaan kau tak rela pun nak buat. Fuhh beban gak nak explain.

Tapi cabaran ini lain tau. Cabaran ini maksudnya kau kena buat benda yang kau suka buat nak buat dan kau buat. Itu namanya passion atau pun minat yang mendalam. 

Masuk je U ini aku baru nampak apa yang dinamakan beban dan apa yang dinamakan minat. Contoh beban paling berat yang aku pernah rasa dekat sini ialah terpaksa menghadiri kelas citra. Pergh pergh pergh. Lagi-lagi kelas malam dan akhirnya aku terpaksa tak datang latihan teater. Fuh beban kot. 

Aku boleh react lah kalau benda yang aku tak minat tu, daya tumpuan aku dekat kelas akan berada di tahap yang minima dan aku mula tak senang duduk. Jiwa aku rasa meronta-ronta nak balik nak balik. Nak siapkan esaimen (ceh), nak pergi latihan teater, nak pergi latihan upu, nak blah dari sini. huhu

l i l y e l i s a 

Thursday, 8 October 2015

10.10

Assalamualaikum

10 perkara yang aku perlukan sekarang. Seperti seorang penagih yang perlukan suntikan dadahnya. Seperti seorang kanak-kanak yang menangis inginkan permainan ultraman edisi khas. Seperti seorang remaja memaksa ayahnya membelikannya iphone yang paling latest untuk menunjuk pada kawan miskinnya. Seperti itu juga aku. Aku perlukan 10 perkara ini semuanya sekarang. Gigil dah aku.


  1. Aku nak family aku sekarang. Aku nak mereka. Aku nak berborak dengan mereka semua dekat meja makan sambil makan ikan tiga rasa yang mak masak. 
  2. Aku nak ada kawan aku yang peluk aku sekarang dan cakap yang aku kuat, aku boleh hadapi semuanya dengan jayanya. 
  3. Aku nak jalan-jalan dekat mana-mana shopping mall dgn ada duit di kocek yang banyak. Aku nak relaxkan diri aku dengan shopping terapi.
  4. Aku nak kawan-kawan aku belajar dengan aku. Supaya aku tak belajar dengan kenalan.
  5. Aku nak tak lagi berasa risau dengan harga makanan. Aku boleh makan apa yang aku nak.
  6. Aku nak jadi happy kembali. Aku nak sangat. Aku taknak jadi macam gini lagi.
  7. Aku nak magee termasak sendiri. Tak perlu air panas lagi. Aku nak makan terus. 
  8. Aku nak seorang manager yang boleh uruskan waktu aku. Aku masih takleh nak adapt lagi dengan suasana u nie weih. Aku rasa aku macam tak belajar pun ada juga. Balik bilik mereput tidur je gamaknya. Apa yang sihatnya? Fuh
  9. Aku dah taknak kelas pagi. Haa gituuu hahahaha
  10. I just want to be happy me. Just happy. That's all. Kau mampu realisasikan ye? Tak kan? Sebab aku complicated. Aku payah. Aku tahu. Kau pun tahu.

l i l y e l i s a

Aku

Assalamualaikum


Serius talk aku rasa minggu ini hidup aku hauk gila. Cis, aku benci. Nyah kau dari sini.


"Dah menang pun, rasa hauk? Tak bersyukur gilewww!"


Relax guys, jangan judge aku cepat sangat. Baca sampai habis dulu.


Serius, aku tak inginkan penghargaan setinggi langit walhal aku tahu semua benda tu sementara. Semakin kau diangkat tinggi, semakin banyak beban yang harus kau tanggung. Semakin banyak expectation yang kau kena penuhi. Semakin banyak benda yang harus kau laksanakan dalam keterpaksaan. Semakin hari kau semakin palsu. Semakin hari kau semakin loss identiti. Semakin hari kau semakin jauh dari Ilahi sebab kau tak ikhlas. Kau fake. Fuh.


Aku masuk apa-apa pun lah, aku tak pernah nak lihat orang pandang aku hebat atau seumpamanya. Aku masuk sebab aku minat dan suka sahaja. Tak pernah aku minta lebih. Kalau boleh aku nak pakai topeng supaya orang tak kenal aku langsung. Aku nak orang layan aku sama rata macam orang lain. Aku nak orang lain layan aku seperti mana aku tiada apa-apa dulu. Yes, aku benci orang fake dengan aku. Cukuplah orang yang dari dulu dah sapot aku, kawan aku, baik dgn aku sewaktu aku tiada apa-apa langsung. Hanya aku dan kehambaran aku saja.


Dan juga aku benci segala benda yang bersifat sementara. Ye aku tahu dunia ini sementara sebab itu aku juga tidak terlalu suka. Ya Allah, teruk gila diri aku ini. Ye aku tahu.


Kalau dilihat diluar, mesti ramai bersangka aku sombong dan tak mesra langsung. Habis kelas aku terus balik, mana reti nak lepak lepak bagai. Sebab aku hambar. Serius hambar. Aku tak suka jadi fake. Fake tu macam mana? Hari ini kau tegur aku, esok kau lupa yang kau pernah berborak dgn aku. See? Baik kita tak payah kenal langsung. Kau dgn hidup kau, aku dgn hidup aku. Kalau ada kerja dalam group sekalipun, siapkan pastu dah hantar. Settle. Tak payah nak pakai "Awak saya" Straighforwad terus.

Tapi aku hargai orang yang terus berada di samping aku. Family aku. Bergurau senda bersama. Sahabat-sahabat aku. Jika ada masalah, aku akan cuba sedaya upaya bantu. See? Aku tak suka fake dan sementara.

Biarlah kuantitinya sedikit tapi itulah yang akan aku jaga. Kuantitinya ramai tapi semua tak guna. Bullshit.

l i l y e l i s a

Monday, 5 October 2015

Mentor

Assalamualaikum semua


Hari ini aku nak bercerita mengenai mentor. Siapa mentor aku? Siapa mentor anda? Ntah siapa siapa entah. huhu 

Sebenarnya mentor aku ialah diri aku sendiri. Boleh? 



Tak.



Sebenarnya mentor aku ialah abg Ikhwan ^^
Kenapa aku memilih dia sebagai mentor. Abg ikhwan seorang yang sangat baik dan dia merupakan ahli mpp kolej aku. Serius weyy masa debat, dia sanggup turun bantu kitorang semua walaupun dia punyalah busy nokhrom. Sampai satu masa tu, dia terpaksa tidur di sofa sebab nak tunggu kitorang semua. MasyaAllah masyaAllah. Tak sangka ada orang sanggup buat macam gitu. Dia bantu kitorg gila-gila laa. Kalau aku, mungkin aku tak mampu nak buat macam gitu. Banyak aku kena belajar dari dia ini. Nilai-nilai insaniah. 


Sebenarnya juga mentor aku ramai. Aku suka ambil apa ciri-ciri yang baik dari sesorang itu untuk dijadikan pedoman hidup. Yelah mungkin Allah hadirkan mereka untuk mengajar kita menjadi lebih baik. Dan aku cukup yakin dan percaya orang yang baik untuk orang yang baik. Kalau kita baik, Allah akan hadirkan kita dengan orang yang baik-baik juga. 


Thanks abg ikhwan dan abg izad sebab sudi mengajar aku dari kosong sampai satu. From hero to zero. Aku takkan pernah lupa jasa baik kalian berdua. Akan kukenang sampai bila-bila. 

l i l y e l i s a 

Thriller

Assalamualaikum

Fuh, minggu ini ialah minggu yang sangat thriller bagi aku. Dimana minggu ini aku rasa macam-macam perasaan. Ada sedih, ada kecewa, ada gembira, ada takut, ada segan, ada berani, ada seronok dll. Macam-macam lah. Serious!


Sebenarnya aku masuk debat naib canselor. Tak caya? Silalah percaya.. Ye, Aku masuk debat tu untuk wakil kolej aku iaitu KTHO. Permulaan pemilihan wakil debat, aku terpaksa menempuhi pelbagai onak dan liku. Serius bila ingat balik, rasa nak nangis terharu. Audition mencari wakil debat dibuat malam hari, haritu pulak aku kena siapkan assignment senamrobik. So malam tu dari dewan tun sri lanang, aku berlari pulang ke kolej. Agak jauh jugalah. Sampai-sampai je abg senior suruh aku berdebat. Fuh nasib baik aku lepas.


Selepas itu, aku dipilih untuk menjadi menteri 2. Kalau nak diikutkan, posisi aku yang sebenar ialah yang ke3 tapi buat kali ini aku jadi yang ke2. Cabaran baru bagi aku. Posisi- kak nur (pertama), lily (kedua) dan tassim (ketiga).


Dan pagi sebelum perbahasan, kak nur demam dan batuk teruk. Teruk sangat sampai hilang suara. Kitorg satu kumpulan dah cuak dah. Apa yang kami terpaksa buat ialah dengan meletakkan aku sebagai yang pertama utk menggantikan kak nur. Serius time tu aku rasa nak gibab gilaaaa. Yelaa, ahli group tak cukup selepas itu aku plak yang terpaksa jadi yang pertama. Aku tak pernah jadi yang pertama. Serius nak nangis.... Kalau group aku kalah sebab aku macam mana? Boleh ke aku jadi yang pertama? Hmmmmm... Tempat aku pulak digantikan oleh pembahas simpanan iaitu kak faz.


Lawan punya lawan. Alhamdulilah kami layak masuk final debat naib canselor 2015. Maka, reader semua harap dapat mendoakan kami dan jangan lupa untuk sama-sama turun ke dectar malam ini.

Tempat: Dectar, UKM
Waktu: 8 malam

l i l y e l i s a