Monday, 5 October 2015

Thriller

Assalamualaikum

Fuh, minggu ini ialah minggu yang sangat thriller bagi aku. Dimana minggu ini aku rasa macam-macam perasaan. Ada sedih, ada kecewa, ada gembira, ada takut, ada segan, ada berani, ada seronok dll. Macam-macam lah. Serious!


Sebenarnya aku masuk debat naib canselor. Tak caya? Silalah percaya.. Ye, Aku masuk debat tu untuk wakil kolej aku iaitu KTHO. Permulaan pemilihan wakil debat, aku terpaksa menempuhi pelbagai onak dan liku. Serius bila ingat balik, rasa nak nangis terharu. Audition mencari wakil debat dibuat malam hari, haritu pulak aku kena siapkan assignment senamrobik. So malam tu dari dewan tun sri lanang, aku berlari pulang ke kolej. Agak jauh jugalah. Sampai-sampai je abg senior suruh aku berdebat. Fuh nasib baik aku lepas.


Selepas itu, aku dipilih untuk menjadi menteri 2. Kalau nak diikutkan, posisi aku yang sebenar ialah yang ke3 tapi buat kali ini aku jadi yang ke2. Cabaran baru bagi aku. Posisi- kak nur (pertama), lily (kedua) dan tassim (ketiga).


Dan pagi sebelum perbahasan, kak nur demam dan batuk teruk. Teruk sangat sampai hilang suara. Kitorg satu kumpulan dah cuak dah. Apa yang kami terpaksa buat ialah dengan meletakkan aku sebagai yang pertama utk menggantikan kak nur. Serius time tu aku rasa nak gibab gilaaaa. Yelaa, ahli group tak cukup selepas itu aku plak yang terpaksa jadi yang pertama. Aku tak pernah jadi yang pertama. Serius nak nangis.... Kalau group aku kalah sebab aku macam mana? Boleh ke aku jadi yang pertama? Hmmmmm... Tempat aku pulak digantikan oleh pembahas simpanan iaitu kak faz.


Lawan punya lawan. Alhamdulilah kami layak masuk final debat naib canselor 2015. Maka, reader semua harap dapat mendoakan kami dan jangan lupa untuk sama-sama turun ke dectar malam ini.

Tempat: Dectar, UKM
Waktu: 8 malam

l i l y e l i s a

No comments:

Post a Comment