Assalamualaikum
Hari ini aku nak bual sikit pasal komitmen. Serious talk laa kalau kau nak survive kat alam u nie dengan jayanya, kau mesti kena ada komitmen yang tinggi. Komitmen tu penting gila bhai. Bukan sahaja melibatkan kau sorang tapi melibatkan orang lain juga.
Aku duduk sini baru rasa pentingnya menjadi seorang yang bertanggungjawab. Kau tak boleh buat keputusan ikut suka kau je. Kau kena tahu atau kisah juga orang lain. Masa orang lain, kerja orang lain, urusan orang lain.
Kau tak boleh suka-suka hati tak nak datang discussion. Kau tak boleh suka-suka hati tak nak buat esaimen lagi-lagi dengan group, kau tak boleh suka-suka hati minta maaf bila buat silap pastu kau buat silap yang sama lagi berulang-ulangkali. Lemak tongkek.
Maka, kau pandai-pandailah hidup. Urusan dengan aku senang je. Kau mudahkan kerja aku, aku mudahkan kerja kau. Masing-masing pun busy boleh tahan bhaii. At least kau bagi komitmen. Dan buat yang terbaik. Bukan asal boleh je. Buat yang terhabis baik punya. Tunjuk yang kau betul-betul boleh buat kerja. That's it!
l i l y e l i s a
No comments:
Post a Comment