Thursday, 8 October 2015

Aku

Assalamualaikum


Serius talk aku rasa minggu ini hidup aku hauk gila. Cis, aku benci. Nyah kau dari sini.


"Dah menang pun, rasa hauk? Tak bersyukur gilewww!"


Relax guys, jangan judge aku cepat sangat. Baca sampai habis dulu.


Serius, aku tak inginkan penghargaan setinggi langit walhal aku tahu semua benda tu sementara. Semakin kau diangkat tinggi, semakin banyak beban yang harus kau tanggung. Semakin banyak expectation yang kau kena penuhi. Semakin banyak benda yang harus kau laksanakan dalam keterpaksaan. Semakin hari kau semakin palsu. Semakin hari kau semakin loss identiti. Semakin hari kau semakin jauh dari Ilahi sebab kau tak ikhlas. Kau fake. Fuh.


Aku masuk apa-apa pun lah, aku tak pernah nak lihat orang pandang aku hebat atau seumpamanya. Aku masuk sebab aku minat dan suka sahaja. Tak pernah aku minta lebih. Kalau boleh aku nak pakai topeng supaya orang tak kenal aku langsung. Aku nak orang layan aku sama rata macam orang lain. Aku nak orang lain layan aku seperti mana aku tiada apa-apa dulu. Yes, aku benci orang fake dengan aku. Cukuplah orang yang dari dulu dah sapot aku, kawan aku, baik dgn aku sewaktu aku tiada apa-apa langsung. Hanya aku dan kehambaran aku saja.


Dan juga aku benci segala benda yang bersifat sementara. Ye aku tahu dunia ini sementara sebab itu aku juga tidak terlalu suka. Ya Allah, teruk gila diri aku ini. Ye aku tahu.


Kalau dilihat diluar, mesti ramai bersangka aku sombong dan tak mesra langsung. Habis kelas aku terus balik, mana reti nak lepak lepak bagai. Sebab aku hambar. Serius hambar. Aku tak suka jadi fake. Fake tu macam mana? Hari ini kau tegur aku, esok kau lupa yang kau pernah berborak dgn aku. See? Baik kita tak payah kenal langsung. Kau dgn hidup kau, aku dgn hidup aku. Kalau ada kerja dalam group sekalipun, siapkan pastu dah hantar. Settle. Tak payah nak pakai "Awak saya" Straighforwad terus.

Tapi aku hargai orang yang terus berada di samping aku. Family aku. Bergurau senda bersama. Sahabat-sahabat aku. Jika ada masalah, aku akan cuba sedaya upaya bantu. See? Aku tak suka fake dan sementara.

Biarlah kuantitinya sedikit tapi itulah yang akan aku jaga. Kuantitinya ramai tapi semua tak guna. Bullshit.

l i l y e l i s a

No comments:

Post a Comment