Monday, 30 November 2015

Cerita Seorang Aku

Assalamualaikum


Hai. Tahun satu sem satu aku dah mula nak melabuhkan tirainya. Wow, baru aku rasa betapa cepatnya masa berlalu. Esok 1 Disember 2015. Ada lagi 31 hari sebelum menjelangnya 2016.

12 Januari. Tarikh yang aku paling ingat. Waktu aku dilahirnya. Yakin aku cakap, aku seorang yang pelupa. Ingatan aku tidak sekukuh orang lain. Itulah kelemahan aku. Aku takkan ingat tarikh lahir orang lain walaupun seberapa rapat orang itu dengan aku. Maafkan aku. Itu kekurangan aku dan aku cuba untuk mengatasi kekurangan aku itu.

Aku dah mula menginjak angka 20-an. Aku bukan lagi budak belasan mahupun hingusan. Aku harap aku mula menjadi lebih matang dari sebelum ini. Matang dari segi pandai mengawal tingkah laku, lebih berhati-hati apabila berkata, fikiran ke hadapan dan dengar kata.

Aku nak jadi Lily Elisa yang baru. Yang fresh! Boleh? ;)

l i l y e l i s a

E = Ekonomi Stabil

Assalamualaikum


Hai semua. Sihat? Baiklah hari ini mungkin aku nak serius sedikit. Mungkin tak banyak tapi ada lah sikit. Korang semua rasa ekonomi negara kita macam mana? Stabil? Kukuh? 

Aku taknak cerita mengenai ekonomi negara kita secara deep pun. Tak. Aku just nak share apa yang aku sebagai blogger picisan ini rasa terhadap ekonomi kita. Aku nak share pendapat aku lah. Aku seorang mahasiswa dan aku mula rasa takut. Serius. Aku tak sangka pemimpin aku bermasalah. Aku tak sangka nilai wang negara kita jatuh. Aku tak sangka waktu aku biasiswa susah nak dapat. Sumpah aku tak sangka. Aku mula rasa tak selamat. Hish. 

Dannnnn aku paling pantang sekali apabila ada penceramah atau sesiapa jela yang sampaikan ceramah berat sebelah. Lebihkan sebelah pihak sahaja. Aku tak suka. Aku suka orang yang sampaikan tu berdasarkan fakta yang sahih, yang tepat, yang betul. Ini balik-balik cakap "Ekonomi kita palinggggg stabil dalam asia", "GST bagussss!", "Kita kena bersyukur hidup dalam negara yang aman dan ekonomi kita kukuh". Plishhhh laaa! 

We all know laa you guys sembunyikan sesuatu. Kadang-kadang aku nak jadi wartawan, nak bongkar semuanya. Nak semua orang tahu apa yang terjadi sebenarnya. Apa puncanya. Siapa dalangnya. Aku kesian kot pada negara aku. Sumpah aku sayang negara aku. Maka, aku benci orang-orang yang selfish macam gini. Sekian.

l i l y e l i s a

Friday, 20 November 2015

Hujan

2.00pm. Hujan
Di luar itu hujan. Hujan yang bertemankan guruh. Kilat juga mungkin ada tapi tidak kelihatan kerna aku di dalam bilik yang di tingkap bergantung baju ampaian. Lagu Bimbang by Melly Goeslow menemani. Lagu jiwang, lagu slow, lagu bersentimental. Ya, itu aku. Jiwang, slow dan sentimental.

2.08pm. Masih hujan.
Denting- Melly Goeslow. Lagi. Roommate penat baru balik dari kelas. Sekarang sedang rehat. Bilik digelapkan bagi menghormati tidurnya. Bunyi guruh semakin kuat. Katil sudah ku kemas rapi. Bukti aku tidak mahu lagi tidur. Buku catatan dibuka. Oh, esok aku ada midsem. Statistik. Esok. Pagi.

2.11pm. Masih..
Hanya- Melly Goeslow. Kenapa penyanyi yang sama? Aku main track lagu melly rupanya. Hirup air milo. Segar. Bila nak belajar? Sudah bersedia? Tak rupanya. "Aku inginkan cerita cinta...." Antara lirik lagu yang sempat aku tangkap. Banyak lagu bertema cinta rupanya.. Karut. "Jangan pernah menyanjung cinta kalau tidak faham ertinya cinta..." Lirik lagu lagi. Masih karut. 

2.16pm. Hujan tambah guruh..
Ahh aku nak tidur...

l i l y e l i s a 

Emosi

Assalamualaikum


Aku seorang yang suka menulis. Tidak kira menulis di atas kertas mahupun di alam maya. Dan setiap apa yang aku tulis akan melibatkan emosi aku pada ketika itu. Aku suka conteng dekat buku. Sebab itulah cara aku mengintepertasikan emosi aku. 

Aku suka menulis dalam keadaaan emosi aku tidak stabil. Sebab mungkin itu cara aku menstabilkan balik emosi aku. Semenjak aku duduk dekat ukm ini aku rasa emosi aku selalu tak stabil. Serabut. Selalu. Kadang okay kadang tak okay. Sebab mungkin semakin kita dewasa, setiap apa yang kita lakukan akan melibatkan hati dan perasaan. Hilang nilai matang. Aku rasa aku makin hari makin hilang rasa rasional. Damn.

Aku tak suka kongsi rasa bahagia aku pada orang lain. Hanya orang yang benar-benar rapat dengan aku saja akan aku kongsi rasa itu. Bak kata farid, "Dalam diri kau, jangan tunjuk semuanya. Kadang kau kena simpan". 

Aku tak reti nak jaga hati semua orang sebab tak semua orang juga dapat jaga hati kita. Maka, pilihlah hati-hati yang kau benar-benar rasa nak jaga. Bagi aku cukup keluarga, guru, sahabat dan orang tersayang. 

l i l y e l i s a 

Monday, 16 November 2015

Midterm

Assalamualaikum


Aku tahu sendiri yang midterm aku yang lepas memang hauk. Bak kata orang dah teruk sangat dah. Tapi aku pasti itu bukan pengakhiran bagi aku. Itu baru permulaan. 

Midterm statistik hujung minggu ini. Aku memang nak kosongkan jadual nak fokus study je. Tapi masalahnya tak boleh. Tak boleh. Aku nak siapkan macam-macam benda minggu ini. 

Aku nak settlekan esaimen makroekonomi aku dulu, pastu aku nak fokus pada presentation aplikasi komputer, pastu buat video 3 minit untuk bicara tuntas, pastu esok latihan debat. Aku dah taknak flop lagi. Aku nak buktikan aku boleh. Yang pasti aku nak kurangkan aktiviti kolej. Oh ya, kelas keusahawanan sosial tu apa cerita ntah. Rabu nanti aku tengok. 

Stress gak duduk dekat u ni. Korang tak rasa camtu?

l i l y e l i s a 

Teater

Assalamualaikum


Dari sekolah menangah lagi aku suka berlakon. Dan kalau cikgu atau kawan suruh berlakon, aku tanpa segan silu akan tampil ke hadapan. Hihi. Best kot berlakon. Dan masuk di ukm kali ini. Aku mula menjinak-jinakkan diri dalam teater. Teater memanusiakan manusia...

Mula pada minggu MMM haritu, senior tanya siapa nak masuk teater. Buat persembahan teater je. Tapi itulah langkah pertama aku berkenalan dengan semua budak-budak teater yang menggelarkan kelab mereka kelab teater Prasada. 

Dengan mementaskan teater yang bertajuk Jamban. Aku hanya menjadi crew produksi dalam bahagian lighting. Tapi pengalaman yang cukup bermakna bagi aku apabila mereka semua percayakan aku handle board lighting. Fuh, walhal aku hanyalah blogger picisan. Ngek! hahaha

Jamban..

Aku juga sebenarnya tak nak tinggalkan kelab Prasada ini sebab aku dah mula masuk dengan semua orang dekat sana. Tapi aku cuma takut aku tak boleh nak bagi full komitmen.. itu je. I love you, Prasada :*

l i l y e l i s a 

Cuti

Assalamualaikum


Cuti aku seindah orang lain. Tapi bagi aku indah. Walaupun masih tak seindah orang lain. Tapi masih cukup indah. Syukur. 

Okay aku antara orang lain balik cuti midsem paling lambat kot. Aku balik hari sabtu. Aku ingat nak pergi pertandingan Bicara Tuntas tu. Tapi boleh pulak aku terlajak tidur. Bicara Tuntas tuh apa? Nantilah cerita. Belum masanya... kuikui. 

Bila dah terlajak tidur tu, aku terus jela sambung tidur. Nasib Dyra teman aku tidur. Tapi dia yang gigih kot buatkan slide show untuk aku. Tapi aku boleh pulak tak pergi. Sedih member tuh :'( Tapi Dyra, rabu ini kita pergi. Demi kau, aku akan present betul-betul nanti. 

Sebenarnya aku nak stopkan aktiviti aku. Aku nak kurangkan aktiviti aku. Aku nak fokus pada pelajaran aku. Aku tahu masih ada masa lagi sebelum final nanti. Aku nak buat sesungguh. Aku nak pulun sehabis baik. Hujung minggu nie aku ada midterm subjek statistik. Pray for me gais. Tapi pada masa yang sama ada debat. Duh! 


Academic is a must. But still debate is my passion. 
Tapi aku suka berlakon :p kbye


l i l y e l i s a 

Nafsu

Assalamualaikum


Nafsu. Perempuan ada 9 nafsu. Lelaki ada 1 nafsu. Common. Semua orang pun tahu. Aku tak nak cerita benda yang semua orang dah tahu. Boring. Aku nak cerita yang semua orang tak tahu. Pasal diri aku. Hahaha blog ini memang blog sss (blog syok sendiri sesukati aku) puahaha

Nafsu aku pada makanan hanya 6.5 per 10. Aku tak kuat makan. Bila makan aku jadi penat. Penat mengunyah. Aku perlukan rehat. Gah! Tapiiii aku suka tengok orang makan. Aku suka peratiii orang kuat makan. Satu kepuasan bagi aku apabila melihat diorang suap makanan ke mulut, pastu kunyah, pastu telan. Pergh nampak sedap. Tapi bila aku buat. Dangg!!! Tak sama kot. Mungkin aku tak amati makanan tuh. Kot.

Nafsu aku pada gadjet juga hanya 5.5 per 10. Aku bukan seperti budak-budak masa kini yang giankan gadjet. Setakat ada dah cukup. Aku tak perlukan yang latest. Tapi bila aku nak beli, aku mesti cari yang paling berkualiti dan tahan lama. Dan kalau orang tanya aku apa-apa pasal gadjet or IT, aku zero. Hahaha maaf IT bukan kepakaran aku. Sedih.

Nafsu aku pada lagu-lagu indie or band indie ke apa ke ialah 1 per 10. Aku tak suka lagu rancak. Kalau orang suruh nyanyi ke apa ke cek tak tahu cek tak tahu. Entah, mungkin aku jiwa tua. But atleast aku tak pura-pura suka :p 


Aku suka cakap, tulis, chat, lukis dan tidur zzZ


l i l y e l i s a