Monday, 16 November 2015

Nafsu

Assalamualaikum


Nafsu. Perempuan ada 9 nafsu. Lelaki ada 1 nafsu. Common. Semua orang pun tahu. Aku tak nak cerita benda yang semua orang dah tahu. Boring. Aku nak cerita yang semua orang tak tahu. Pasal diri aku. Hahaha blog ini memang blog sss (blog syok sendiri sesukati aku) puahaha

Nafsu aku pada makanan hanya 6.5 per 10. Aku tak kuat makan. Bila makan aku jadi penat. Penat mengunyah. Aku perlukan rehat. Gah! Tapiiii aku suka tengok orang makan. Aku suka peratiii orang kuat makan. Satu kepuasan bagi aku apabila melihat diorang suap makanan ke mulut, pastu kunyah, pastu telan. Pergh nampak sedap. Tapi bila aku buat. Dangg!!! Tak sama kot. Mungkin aku tak amati makanan tuh. Kot.

Nafsu aku pada gadjet juga hanya 5.5 per 10. Aku bukan seperti budak-budak masa kini yang giankan gadjet. Setakat ada dah cukup. Aku tak perlukan yang latest. Tapi bila aku nak beli, aku mesti cari yang paling berkualiti dan tahan lama. Dan kalau orang tanya aku apa-apa pasal gadjet or IT, aku zero. Hahaha maaf IT bukan kepakaran aku. Sedih.

Nafsu aku pada lagu-lagu indie or band indie ke apa ke ialah 1 per 10. Aku tak suka lagu rancak. Kalau orang suruh nyanyi ke apa ke cek tak tahu cek tak tahu. Entah, mungkin aku jiwa tua. But atleast aku tak pura-pura suka :p 


Aku suka cakap, tulis, chat, lukis dan tidur zzZ


l i l y e l i s a 

No comments:

Post a Comment