Friday, 20 November 2015

Hujan

2.00pm. Hujan
Di luar itu hujan. Hujan yang bertemankan guruh. Kilat juga mungkin ada tapi tidak kelihatan kerna aku di dalam bilik yang di tingkap bergantung baju ampaian. Lagu Bimbang by Melly Goeslow menemani. Lagu jiwang, lagu slow, lagu bersentimental. Ya, itu aku. Jiwang, slow dan sentimental.

2.08pm. Masih hujan.
Denting- Melly Goeslow. Lagi. Roommate penat baru balik dari kelas. Sekarang sedang rehat. Bilik digelapkan bagi menghormati tidurnya. Bunyi guruh semakin kuat. Katil sudah ku kemas rapi. Bukti aku tidak mahu lagi tidur. Buku catatan dibuka. Oh, esok aku ada midsem. Statistik. Esok. Pagi.

2.11pm. Masih..
Hanya- Melly Goeslow. Kenapa penyanyi yang sama? Aku main track lagu melly rupanya. Hirup air milo. Segar. Bila nak belajar? Sudah bersedia? Tak rupanya. "Aku inginkan cerita cinta...." Antara lirik lagu yang sempat aku tangkap. Banyak lagu bertema cinta rupanya.. Karut. "Jangan pernah menyanjung cinta kalau tidak faham ertinya cinta..." Lirik lagu lagi. Masih karut. 

2.16pm. Hujan tambah guruh..
Ahh aku nak tidur...

l i l y e l i s a 

No comments:

Post a Comment