Assalamualaikum
Hai semua. Sihat? Baiklah hari ini mungkin aku nak serius sedikit. Mungkin tak banyak tapi ada lah sikit. Korang semua rasa ekonomi negara kita macam mana? Stabil? Kukuh?
Aku taknak cerita mengenai ekonomi negara kita secara deep pun. Tak. Aku just nak share apa yang aku sebagai blogger picisan ini rasa terhadap ekonomi kita. Aku nak share pendapat aku lah. Aku seorang mahasiswa dan aku mula rasa takut. Serius. Aku tak sangka pemimpin aku bermasalah. Aku tak sangka nilai wang negara kita jatuh. Aku tak sangka waktu aku biasiswa susah nak dapat. Sumpah aku tak sangka. Aku mula rasa tak selamat. Hish.
Dannnnn aku paling pantang sekali apabila ada penceramah atau sesiapa jela yang sampaikan ceramah berat sebelah. Lebihkan sebelah pihak sahaja. Aku tak suka. Aku suka orang yang sampaikan tu berdasarkan fakta yang sahih, yang tepat, yang betul. Ini balik-balik cakap "Ekonomi kita palinggggg stabil dalam asia", "GST bagussss!", "Kita kena bersyukur hidup dalam negara yang aman dan ekonomi kita kukuh". Plishhhh laaa!
We all know laa you guys sembunyikan sesuatu. Kadang-kadang aku nak jadi wartawan, nak bongkar semuanya. Nak semua orang tahu apa yang terjadi sebenarnya. Apa puncanya. Siapa dalangnya. Aku kesian kot pada negara aku. Sumpah aku sayang negara aku. Maka, aku benci orang-orang yang selfish macam gini. Sekian.
l i l y e l i s a
No comments:
Post a Comment