Assalamualaikum
Hai. Tahun satu sem satu aku dah mula nak melabuhkan
tirainya. Wow, baru aku rasa betapa cepatnya masa berlalu. Esok 1 Disember
2015. Ada lagi 31 hari sebelum menjelangnya 2016.
12 Januari. Tarikh yang aku paling ingat. Waktu aku dilahirnya.
Yakin aku cakap, aku seorang yang pelupa. Ingatan aku tidak sekukuh orang lain.
Itulah kelemahan aku. Aku takkan ingat tarikh lahir orang lain walaupun
seberapa rapat orang itu dengan aku. Maafkan aku. Itu kekurangan aku dan aku
cuba untuk mengatasi kekurangan aku itu.
Aku dah mula menginjak angka 20-an. Aku bukan lagi budak
belasan mahupun hingusan. Aku harap aku mula menjadi lebih matang dari sebelum
ini. Matang dari segi pandai mengawal tingkah laku, lebih berhati-hati apabila
berkata, fikiran ke hadapan dan dengar kata.
Aku nak jadi Lily Elisa yang baru. Yang fresh! Boleh? ;)
l i l y e l i s a
l i l y e l i s a
No comments:
Post a Comment