Monday, 28 December 2015

Tasha Manshahar - Masih Perlu

Bila ku buka mata
Rasa tak berdaya
Hadapi semua
Sejak hatiku luka
Mampukah ku menunggu bayangan dirimu
Atau biar berlalu
Hapus semua lelahku

Meskipun engkau tahu
hati ini masih menyayangi dan mencinta
Tegarnya kau menyiksa disaat diri derita
Mencari engkau tiada
Meski engkau sedari
Diri ini masih ingin terus ditemani
Mengapa engkau pergi
Disaatku masih lagi perlu engkau disini

Aku perlu dirimu
Hiburkan siangku
Indahkan mimpiku
Ku ingin kau tahu
Oh sayang aku rindu ku cintai kamu
Peluklah diriku hangatkan seperti dulu

Meskipun engkau tahu
Hati ini masih menyayangi dan mencinta
Tegarnya kau menyiksa
Disaat diri derita
Mencari engkau tiada
Meski engkau sedari
Diri ini masih ingin terus ditemani

Mengapa engkau pergi
Disaat ku masih lagi perlu engkau disini

l i l y e l i s a 

Saturday, 19 December 2015

Tadom Hill

Assalamualaikum
13 Disember 2015
Hari ini aku nak share pengalaman aku pergi Tadom Hill, Banting. Tempat mandi-manda. Best weh. Macam gini haa *jempol*

Tadom Hill ini buka setiap hari kecuali hari Isnin. Start pukul 10 pagi sampai 6 petang. Tempatnya di sebelah kiri jalan raya. Mula-mula masuk memang kau akan rasa was-was, like ini ke tempatnya? Seriously? Macam campsite je. Haih. 

Tapi kau kena relax dulu. Nak bahagia kita kena redha liku-liku dulu. Haiiiiiiihh. Tempat yang best terletak dekat dalam. Sebelum nak masuk tu dia dah agihkan kumpulan. Aku kumpulan 7 dengan ahlinya 17 orang tak silap. Aku pergi reramai dengan senior-senior prasada. Aku dengan dyra je yang junior. Bab harga pulak, aku kena bayar RM17 sebab aku pergi hujung minggu dan reramai. Kalau hari bekerja dia cas RM15 je. Tapi berbaloi noks. 

Dah. Aku tak reti nak menzahirkan kegembiraan aku dengan kata-kata. Maka layanlah gambar-gambar ini. 

Lesbo Bertadom

Berakit yang mendamaikan

Tidak lagi mendamaikan





okay. itu saja. 

w a n i t a  t a d o m 

Epilog

Pagi yang indah. Berembun. Sejuk.

Berdiri di balkoni sambil menikmati pemandangan bukit yang menyenangkan. Syukur dengan apa yang sudah aku capai sekarang. Berhenti bekerja dari syarikat itu dan membina empayar sendiri memang keputusan terbaik yang pernah aku buat. 

Melihat ke katil, si suami tidur bersama-sama si kecil. Bahagia. 

Nasihat aku bagi semua. Jangan pernah takut untuk mencuba. Jangan pernah takut untuk memulakan langkah baru di tanah yang baru. Siapa tahu di situ letaklah rezeki. Allah SWT telah tetapkan bahawa setiap manusia ada rezekinya masing-masing. Maka carilah. 

Aku menghirup kopi yang hangat.  Bersilang kaki. Tenang sungguh. 

Kejap, aku lupa aku belum solat subuh. (plot twist)


l i l y e l i s a 

Saturday, 12 December 2015

L.E = Little Experience

Semua orang akan ada zaman kejatuhanya sendiri. Seperti juga aku. Sakitnya rasa dibuang. Sakitnya dipinggirkan. Sakitnya ditolak. Auch! Zaman matrik benar mengajar aku bermacam-macam perkara. Sehinggalah membentuk apa yang aku jadi sekarang.

Perit kot zaman matrik aku. Entah kenapa kalau diberi peluang kedua untuk kembali ke zaman itu. Aku takkan mahu. Dari situ aku mengenal erti kehidupan. Percayalah cakap aku, takkan ada orang yang mahu lihat kau benar-benar berjaya melainkan mak ayah kau. Percayalah kata-kata aku ini. Jangan pernah percaya 100% pada orang.

Disebabkan itu, orang akan lihat aku selalu bersendiri ke kelas. Aku taknak hidup bergantung pada orang. Dan aku juga mengamalkan gaya hidup tak kisah. Biarlah orang nak cakap apa pun. Aku tak kisah. Aku tak pernah kisah. Mereka tidak pernah kenal aku dan aku juga tidak mahu kenal mereka.

Akan ada orang yang ambil kesempatan pada kau. Akan ada orang yang pandang rendah pada kau. Akan ada orang yang menjatuhkan kau dalam diam. Akan ada orang yan tak backup kau langsung.

Jika kau jumpa orang yang begitu, aku nasihatkan untuk kau jauhkan diri daripada mereka. Teruskan hidup. Be heartless! Prove that them wrong! Kau buat yang terbaik dalam apa jua bidang yang kau ceburi. Buat dengan ikhlas. Biarkan mereka. Allah kan ada...

l i l y e l i s a

Prolog

Jam menunjukkan tepat pukul 1:30 tengahari. Ah! Aku mesti tak sempat lagi untuk makan tengahari, solat pun aku belum lagi. Pukul 2:00 petang sudah kena masuk pejabat semula. Meeting tadi betul-betul buat aku pening kepala. Hasil kerja aku ditolak mentah-mentah. Ah! Apa yang kau nak lagi 'bos kecil'? Kau baru setahun jaguh dah pandai nak tolak aku yang sudah bertahun-tahun berkhidmat untuk syarikat picisan ini. Setan!

Seusai memasukkan kertas kerja ke dalam briefcase, aku terus ke bilik solat di belakang pejabat. Solat. Tenangkan hati. Ya Allah, kuatkan aku. Aku semakin rapuh. Ini bukan impian aku. Aku ingin bebas ya Allah. Aku masih terperangkap di dalam sangkar yang tinggi. Jika aku tidak kuat untuk terbang mungkin aku akan jatuh terjunam. Apa yang harus aku buat ya Allah?

Hidup sebagai seorang korporat bukanlah mudah seperti yang disangka. Kerja terjamin? Emm. Kerja terjamin tapi kau tidak bahagia. Teringat aku pada zaman u dahulu. Bersungguh aku belajar dalam bidang pemasaran dengan harapan untuk menjadi seorang ahli korporat pemasaran yang berjaya. Ya, dahulu aku disanjung. Tetapi sekarang? Diperli, diherdik, dimaki, dibuang. Ah! Manusia yang tidak pernah kenang budi. 

Lalu aku hidup sebagai apa.....

l i l y e l i s a 

Sunday, 6 December 2015

Terima Kasih

Assalamualaikum

First and foremost, I would like to say thank you so much guys because you sanggup read my blog (yang syok sendiri ini). Terima kasih kerana sanggup dengar (or baca) luahan aku yang apa-apa ntah ini. Sebenarnya aku tak nak orang lain baca pun. Serius. Blog aku yang tempat untuk aku meluahkan perasaan aku je.  Bukan untuk tujuan publisiti. Tapi dahhhh terjadiii pulakk *emoji monyet tutup muka*

Sebelum ini aku sebenarnya dah lama jadi seorang blogger. Masuk tahun ini, aku sudah ada 5 blogs keseluruhannya. Impress tak? Haha. Tapi lepas buat aku padam, lepas buat aku padam. Bila aku tahu ada orang baca je blog aku, terus aku padam. Sebab aku segan, malu, kalut, noob.


Tapi blog ini di-create kembali kerana blog dikira dalam pemarkahan esaimen bagi subjek aplikasi computer. Persoalannya: adakah blog ini dibuat dalam keterpaksaan? Nope. Tak langsung. Aku memang suka menaip, suka blogging, suka bercerita di atas angin, suka melayan perasaan sendiri, suka beri pendapatan atau pandangan terhadap sesuatu, suka jadi ala-ala wartawan, suka menulis cerpen pendek dan ringkas.  Maka, tiada istilah ke-ter-paksa-an. Aiii ikhlas uOlls. 

l i l y e l i s a 

Juice

Assalamualaikum semua

Morning. Aku suka tengok orang yang mengamalkan gaya hidup sihat. Suka sangat. Macam mana aku tafsirkan seseorang itu sedang mengamalkan gaya hidup yang sihat?

Pertama, dengan banyaknya amaun air mineral dan air jus yang diminum. Serius, aku suka orang yang selalu pergi mana-mana bawa sekali botol airnya. Rare. Terutamanya orang Melayu yang jarang sekali bawa bekas minuman apabila keluar jalan-jalan dengan alasannya malu, kolot dan sebagainya.

Bagi pandangan aku, apabila seseorang itu bawak minumannya sendiri bermaksud dia seorang yang jimat. Dia tahu dengan hanya membawa bekas minuman yang tidak seberapa nak berat ini mampu untuk menjimatkan kos makan di luar.

Selain itu, dengan hanya membawa botol minuman sendiri lebih sihat kerana kita tahu apa isi kandungan air itu. Bukan seperti minum di luar. Ais ketoi tu sah-sahlah air paip derr. Maka, kurangkanlah beli air di luar. Buat minuman anda sendiri. Buat jus anda sendiri. Jadi sihat. Jadi bijak. Jadi cool. Jadi rare. Be different. Jangan ikut path yang sama. Cuba ubah.

Dan sekarang, aku nak amalkan minum air jus. Air buah-buahan. Kurangkan coffee. Mungkin sekali sekala boleh tapi bukan selalu. Jom sihat gais.


Nak beli juice segar.

l i l y e l i s a

Thursday, 3 December 2015

Mari Merungut

Assalamualaikum

Gais, mari merungut gais. Sumpah banyak kerjaaaaaaa! Nak nangis nak nangis :'( Tolong bagi aku merungut kejap gais. Kejap je. Walaupun aku selalu je merungut dekat blog ini tapi kali ini plish gais bagi aku merungut. 

Tutor statistik aku tak buat lagi kot. Esok kuliah esok tutor. Masalahnya aku. Aku masalahnya. Aku pemalas. Ye aku tahu ye. Nak buat macam mana dah itu diri aku kuikui. Okok lepas ini aku try untuk jadi rajin. 

Esok quiz pengantar pengurusan kot. Sekarang pukul 1.06 pagi dan aku masih tidak tidur lagi. Sumpah nota aku tak baca lagi. Quiz 3 bab sekaligus. Masalahnya aku. Aku masalahnya. Ye aku tahu ye. Pagi esok aku baca.

Senamrobik. Ini lagi masalah tapi masih masalahnya aku. Kelas aku clash dengan teater bangsawan dan aku terpaksa selang-seli pergi kelas. Jam kerdit aku tak cukup owh. Mari merungut. Tapi takpe nanti aku settlekan.  

Aku tak reti make up orang kot. Tapi aku ambil bahagian "make up" dekat teater bangsawan. Macam mana kalau makeup aku teruk? Macam mana kalau makeup aku tak menjadi? Ahh ah! Stress aku memikirkannya. Mari merungut. Nanti aku try belajar cara-cara makeup dekat youtube.

Thanks blog sebab sanggup dengar rungutan aku. 

Dan takziah gais sebab baca rungutan aku. 

l i l y e l i s a