Assalamualaikum semua
Morning. Aku suka tengok orang yang mengamalkan gaya hidup
sihat. Suka sangat. Macam mana aku tafsirkan seseorang itu sedang mengamalkan
gaya hidup yang sihat?
Pertama, dengan banyaknya amaun air mineral dan air jus yang
diminum. Serius, aku suka orang yang selalu pergi mana-mana bawa sekali botol
airnya. Rare. Terutamanya orang Melayu yang jarang sekali bawa bekas minuman
apabila keluar jalan-jalan dengan alasannya malu, kolot dan sebagainya.
Bagi pandangan aku, apabila seseorang itu bawak minumannya
sendiri bermaksud dia seorang yang jimat. Dia tahu dengan hanya membawa bekas
minuman yang tidak seberapa nak berat ini mampu untuk menjimatkan kos makan di
luar.
Selain itu, dengan hanya membawa botol minuman sendiri lebih
sihat kerana kita tahu apa isi kandungan air itu. Bukan seperti minum di luar.
Ais ketoi tu sah-sahlah air paip derr. Maka, kurangkanlah beli air di luar.
Buat minuman anda sendiri. Buat jus anda sendiri. Jadi sihat. Jadi bijak. Jadi
cool. Jadi rare. Be different. Jangan ikut path yang sama. Cuba ubah.

No comments:
Post a Comment