Berdiri di balkoni sambil menikmati pemandangan bukit yang menyenangkan. Syukur dengan apa yang sudah aku capai sekarang. Berhenti bekerja dari syarikat itu dan membina empayar sendiri memang keputusan terbaik yang pernah aku buat.
Melihat ke katil, si suami tidur bersama-sama si kecil. Bahagia.
Nasihat aku bagi semua. Jangan pernah takut untuk mencuba. Jangan pernah takut untuk memulakan langkah baru di tanah yang baru. Siapa tahu di situ letaklah rezeki. Allah SWT telah tetapkan bahawa setiap manusia ada rezekinya masing-masing. Maka carilah.
Aku menghirup kopi yang hangat. Bersilang kaki. Tenang sungguh.
Kejap, aku lupa aku belum solat subuh. (plot twist)
l i l y e l i s a
No comments:
Post a Comment