Saturday, 12 December 2015

Prolog

Jam menunjukkan tepat pukul 1:30 tengahari. Ah! Aku mesti tak sempat lagi untuk makan tengahari, solat pun aku belum lagi. Pukul 2:00 petang sudah kena masuk pejabat semula. Meeting tadi betul-betul buat aku pening kepala. Hasil kerja aku ditolak mentah-mentah. Ah! Apa yang kau nak lagi 'bos kecil'? Kau baru setahun jaguh dah pandai nak tolak aku yang sudah bertahun-tahun berkhidmat untuk syarikat picisan ini. Setan!

Seusai memasukkan kertas kerja ke dalam briefcase, aku terus ke bilik solat di belakang pejabat. Solat. Tenangkan hati. Ya Allah, kuatkan aku. Aku semakin rapuh. Ini bukan impian aku. Aku ingin bebas ya Allah. Aku masih terperangkap di dalam sangkar yang tinggi. Jika aku tidak kuat untuk terbang mungkin aku akan jatuh terjunam. Apa yang harus aku buat ya Allah?

Hidup sebagai seorang korporat bukanlah mudah seperti yang disangka. Kerja terjamin? Emm. Kerja terjamin tapi kau tidak bahagia. Teringat aku pada zaman u dahulu. Bersungguh aku belajar dalam bidang pemasaran dengan harapan untuk menjadi seorang ahli korporat pemasaran yang berjaya. Ya, dahulu aku disanjung. Tetapi sekarang? Diperli, diherdik, dimaki, dibuang. Ah! Manusia yang tidak pernah kenang budi. 

Lalu aku hidup sebagai apa.....

l i l y e l i s a 

No comments:

Post a Comment