Semua orang akan ada zaman kejatuhanya sendiri. Seperti juga aku. Sakitnya rasa dibuang. Sakitnya dipinggirkan. Sakitnya ditolak. Auch! Zaman matrik benar mengajar aku bermacam-macam perkara. Sehinggalah membentuk apa yang aku jadi sekarang.
Perit kot zaman matrik aku. Entah kenapa kalau diberi peluang kedua untuk kembali ke zaman itu. Aku takkan mahu. Dari situ aku mengenal erti kehidupan. Percayalah cakap aku, takkan ada orang yang mahu lihat kau benar-benar berjaya melainkan mak ayah kau. Percayalah kata-kata aku ini. Jangan pernah percaya 100% pada orang.
Disebabkan itu, orang akan lihat aku selalu bersendiri ke kelas. Aku taknak hidup bergantung pada orang. Dan aku juga mengamalkan gaya hidup tak kisah. Biarlah orang nak cakap apa pun. Aku tak kisah. Aku tak pernah kisah. Mereka tidak pernah kenal aku dan aku juga tidak mahu kenal mereka.
Akan ada orang yang ambil kesempatan pada kau. Akan ada orang yang pandang rendah pada kau. Akan ada orang yang menjatuhkan kau dalam diam. Akan ada orang yan tak backup kau langsung.
Jika kau jumpa orang yang begitu, aku nasihatkan untuk kau jauhkan diri daripada mereka. Teruskan hidup. Be heartless! Prove that them wrong! Kau buat yang terbaik dalam apa jua bidang yang kau ceburi. Buat dengan ikhlas. Biarkan mereka. Allah kan ada...
l i l y e l i s a
No comments:
Post a Comment